Boikot produk bukan Islam bukti kerajaan lemah

Iklan
Muhammad Faiz

KUANTAN - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat lemah kerana gagal mengawal pelbagai isu termasuk memboikot barangan bukan Islam.

Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata, kepincangan yang berlaku membuktikan pemerintah kerajaan PH begitu huru-hara, sekali gus menjadi punca kepada ketidakharmonian kaum.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara ini dapat dilihat apabila banyak NGO memboikot barangan bukan Islam sebagai tindak balas kepada tindakan beberapa pemimpin kerajaan dari DAP yang jelas menindas dan mempersoalkan Melayu serta umat Islam di negara ini.

"Jika keadaan ini berlarutan, ia tidak lagi mencerminkan Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni. Masyarakat dunia juga tidak akan menghormati Malaysia lagi.

Iklan

"Saya juga tidak faham dengan rakyat bukan Islam yang berpura-pura dan banyak bermain wayang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Faiz berkata, golongan itu membantah pembelajaran jawi sedangkan mereka sanggup menggunakan tulisan jawi dan simbol masjid bagi penjualan produk mereka demi mendapatkan keuntungan.

Iklan

Tambahnya, tindakan itu bagi mengelirukan pembeli yang majoriti Melayu dan Islam supaya menggunakan produk mereka.

"Dalam masa sama mereka memboikot tulisan jawi, sedangkan tulisan jawi ini telah digunakan sebelum merdeka lagi.

"Sudah 62 tahun kita merdeka. Sepatutnya kita harus lebih matang, tahu adab susila, saling bertolak ansur, saling menghormati dan menjaga sensitiviti sesama bangsa,” katanya.