Operasi maksimum stesen minyak hanya 18 jam?
Iklan
SHAH ALAM - Pengusaha stesen minyak di negara ini terpaksa beroperasi maksimum 18 jam berbanding 24 jam di sesetengah lokasi susulan pelaksanaan harga apungan mingguan bermula Selasa ini.
Memetik laporan Astro Awani, Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, ia bagi mengurangkan kos operasi ditanggung mereka.
Iklan
Iklan
Selain itu, beliau berkata, PDAM turut mendesak kerajaan menaikkan kadar komisen petrol dan diesel bagi menampung peningkatan kos operasi pengusaha stesen minyak.
"Sekarang ini, komisen kami adalah 12.19 sen untuk petrol dan 7 sen untuk diesel (seliter), tetapi kami tidak dapat sepenuhnya kerana ada yang ditolak sebagai yuran lesen operator kepada syarikat minyak.
Iklan
"Kami minta kerajaan menaikkan kepada 15 sen setiap liter. Kalau tengok di serata dunia, seperti di India, mereka naik 55 peratus kerana kenaikan gaji. Kami sudah 10 tahun tak naik,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Menurutnya, jika ia gagal dilaksanakan, operator stesen minyak terpaksa memendekkan tempoh operasi seperti yang dibenarkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Iklan
Beliau sebelum itu mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli PDAM daripada 3,500 stesen minyak seluruh negara bagi membincangkan keputusan kerajaan mengapungkan dan menetapkan harga produk petroleum secara mingguan.
Pada program itu juga, mereka turut menandatangani satu memorandum secara bertulis dan dalam talian untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, esok.
Mengikut rekod, hampir 100 stesen minyak seluruh negara ditutup pada tahun lepas terutama selepas pelaksanaan sistem sama oleh kerajaan sebelum ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>