Tujuh GRO warga asing dicekup

Iklan
Antara warga asing yang ditahan disyaki bekerja sebagai GRO pusat hiburan.

SUNGAI PETANI - Tujuh orang gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan ditahan dalam operasi 1.35 pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaluddin berkata, empat wanita warga Thailand dan tiga wanita Laos berusia 23 hingga 31 tahun ditahan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi dijalankan atas maklumat orang ramai dan hasil risikan anggotanya sebelum itu telah memeriksa 25 orang warga asing," katanya

Beliau berkata, mereka melakukan kesalahan bawah Seksyen 6(1) c iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

Iklan
Iklan

Katanya, kesemua wanita terbabit ditahan di lokap Imigresen di Bangunan Kementerian Dalam Negeri Alor Setar untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada Depoh Tahanan Imigresen di Belantik, Sik.