Usah spekulasi jantina mangsa kebakaran Sungai Lembing
Iklan
KUANTAN - Masyarakat diminta tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berkenaan siasatan terutama identiti mayat yang ditemui dalam tragedi kebakaran 32 unit rumah dan sebuah perpustakaan di Sungai Lembing di sini.
Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd Saharul Nizam Abdul Rahim berkata, pihak bomba tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung jantina mangsa.