KUALA LUMPUR - Projek eksperimen bas lapan meter di laluan T300 antara hab Ampang Point dan Bukit Indah yang bermula hari ini menyaksikan purata 10 penumpang bagi setiap perjalanan, menurut Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
Kenyataan Prasarana hari ini menyebut, sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 21 perjalanan dijalankan sejak 5.30 pagi dengan tiga buah bas beroperasi dan kira-kira 200 penumpang menaikinya selepas enam jam perkhidmatan.