Wanita terperangkap dalam pembetung
Iklan
Anggota bomba terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk membawa mangsa keluar dari pembetung tersebut.
KOTA BHARU – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila terperangkap lebih 30 minit dalam pembetung di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan, di sini semalam.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Zamizi Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.43 petang dan tiba di lokasi 15 minit kemudian.
Iklan
Iklan
"Semasa tiba di lokasi, kita dapati ada seorang wanita terperangkap di dalam saluran sepanjang 9.1 meter itu. Mangsa yang berusia 22 tahun dipercayai bertindak masuk ke dalam pembetung itu selepas dikatakan berlaku salah faham dengan keluarganya.
Mangsa dibawa ke HUSM untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Iklan
"Dua anggota diarahkan untuk menggunakan alat bantuan pernafasan sebelum masuk ke dalam saluran tersebut dan berjaya menarik keluar mangsa tepat jam 7.19 malam.
Iklan
"Selepas itu mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.30 malam,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>