Cabar PM bubar Parlimen jika PH mampu menang PRU15
Iklan
Noh bersama peserta Konvoi Motosikal dan Kenderaan Pacuan Empat Roda pada Karnival Perpaduan Ummah Parlimen Tanjong Karang sempena sambutan kemerdekaan ke-62 hari ini.
TANJONG KARANG - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar membubarkan Parlimen sekiranya beliau yakin Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika diadakan pada masa sekarang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, hanya pembubaran Parlimen memberi pilihan kepada rakyat untuk menentukan parti mana yang lebih layak mentadbir negara.
Iklan
Iklan
"Kalau beliau (Mahathir) yakin PH boleh menang, bubarkan sajalah Parlimen (biar rakyat menentukan). Hendak tunggu apa lagi?" katanya ketika mengulas mengenai kenyataan Mahathir yang yakin PH tidak akan kalah dalam PRU15 meskipun diadakan pada masa sekarang.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, kebanyakan rakyat yang ditemui beliau juga tidak sabar menanti pengumuman pembubaran Parlimen.
Iklan
"Semua rakyat tanya saya bila hendak bubar Parlimen sebab mereka tidak sabar hendak mengundi," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: PM yakin PH tidak akan tumbang jika pilihan raya hari ini
Iklan
Mengulas kenyataan Mahathir mengenai pemimpin UMNO yang sudah keluar parti dan menjadi wakil bebas kini boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Noh berkata, itu hak Mahathir untuk memberi pandangan.
"Kita tidak nafikan bukan sahaja dalam UMNO, malah ada juga ahli Bersatu yang dulunya UMNO sudah kecewa dan hendak patah balik masuk UMNO semula.
"Janganlah tengok bekas ahli UMNO sahaja, Bersatu pun semakin kelam-kabut. Kalau hendak tahu PH ini kuat tak kuat, bubarkan sahaja Parlimen segera," katanya hari ini.
Terdahulu, Noh hadir mengetuai Konvoi Motosikal dan Kenderaan Pacuan Empat Roda bersama Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang dan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Karang menziarahi serta menyampaikan sumbangan ke empat rumah penduduk kurang berkemampuan di Parlimen berkenaan.
Program konvoi itu merupakan salah satu aktiviti penganjuran Karnival Perpaduan Ummah Parlimen Tanjong Karang sempena sambutan kemerdekaan ke-62 tahun ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tiada istilah ‘tikam belakang', hanya strategi untuk menang - Ahmad Maslan"><meta itemprop="description" content="UMNO menegaskan tindakan parti mengambil langkah strategik dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) bukan bermaksud ‘tikam belakang’ mana-mana pihak sebaliknya usaha memastikan kemenangan parti khususnya di negeri yang tidak mempunyai perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, tiada perjanjian antara UMNO dan PH di peringkat negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sekali gus membolehkan pucuk pimpinan menentukan strategi terbaik bagi memaksimumkan kemenangan parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792492/berita/politik/tiada-istilah-tikam-belakang-hanya-strategi-untuk-menang---ahmad-maslan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PH #AhmadMaslan #Politik"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-18T05:17:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dWmcs1gW-i10z30aQ/x1080"><meta itemprop="duration" content="P100S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xayo88m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xayo88m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xayo88m"></script>