10 cedera insiden tembakan di Alabama

Iklan
Penonton perlawanan bola sepak antara Sekolah Tinggi John L. LeFlore Magnet dan Sekolah Tinggi Lillie B. Williamson yang berlangsung semalam di Stadium Ladd-Peebles, Alabama berlindung susulan insiden tembakan yang mencederakan 10 orang. - FOTO Mike Kittrell/preps@al.com

ALABAMA - Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan cedera dalam insiden tembakan ketika perlawanan bola sepak Amerika antara dua sekolah tinggi di Mobile, Alabama, Amerika Syarikat malam semalam, kata polis.

Ketua Polis Mobile, Lawrence L. Battiste IV berkata, dua orang kini ditahan namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka disyaki terlibat dalam insiden tembakan yang berlaku di Stadium Ladd-Peebles, Alabama itu.

Iklan
Iklan

Rakan agensi berita NBC News, WPMI melaporkan, lima daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Battiste, insiden berkemungkinan berpunca daripada pertelingkahan jalanan.Saksi kejadian sedang disoal siasat dan rakaman video keselamatan akan dilihat.

Iklan

Difahamkan, terdapat anggota polis bertugas di perlawanan antara Sekolah Tinggi John L. LeFlore Magnet dan Sekolah Tinggi Lillie B. Williamson apabila tembakan berlaku di penghujung perlawanan.

"Anggota kami bergerak ke kawasan berkenaan apabila terdengar bunyi tembakan," kata Battiste.

Iklan

Menurut Battiste, tiada konfontasi bersenjata berlaku ketika dua orang berkenaan ditahan dan beliau percaya tangkapan akan dibuat dalam kes ini. - NBC