Rebut peluang tunai zakat saat akhir

Iklan
Suasana kaunter PPZ-MAIWP Wangsa Maju yang terus didatangi pembayar zakat bagi menunaikan tanggungjawab.

KUALA LUMPUR - Orang ramai mengambil peluang membuat bayaran zakat di kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) cawangan Wangsa Maju, di sini yang beroperasi sehingga jam 9 malam sehingga 31 Disember ini.

Sehingga jam 3 petang tadi kira-kira 100 pembayar zakat menunaikan tanggung jawab dan diberikan cenderamata barangan asnaf termasuk sambal ikan bilis sebagai menghargai sumbangan mereka.

Iklan
Iklan

Turut hadir di lokasi adalah Amin Idris dan Fadzil Yusoff yang memeriahkan lokasi.

Sejak program Countdown Akhir PPZ-MAIWP dilancarkan 26 Disember lalu di 11 kaunter Wilayah Persekutuan , seramai 780 pembayar zakat memanfaatkan peluang tersebut.

Iklan
Iklan