Sasar wakaf 100,000 al-Quran untuk Afrika
Iklan
Abdullah (tengah) bersama penduduk Cameroon, Afrika yang gembira menerima wakaf al-Quran.
ALOR SETAR - Yayasan Amal Kedah menyasarkan untuk mewakafkan sekurang-kurangnya 100,000 naskah al-Quran melalui Kempen Wakaf Sejuta Al-Quran untuk Afrika pada akhir tahun ini.
Pengerusi Yayasan Amal Kedah, Zulkifli Baharom berkata, pihaknya mengambil inisiatif melaksanakan kempen berkenaan demi memberi peluang umat Islam tidak berkemampuan di negara berkenaan membaca al-Quran.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kira-kira 5,000 naskhah al-Quran diedarkan kepada penduduk Chad dan Cameroon melalui kempen dilaksana bermula awal Ogos ini.
"Bayangkan, golongan Muslim di kawasan itu terpaksa membaca surah al-Quran yang mereka tulis atas papan sebelum memadam untuk menulis surah lain.
Iklan
"Kita tersentuh hati dengan keikhlasan mereka apabila mereka tetap tekad untuk membaca dan mendalami al-Quran walaupun berdepan dugaan seumpama itu," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
Zulkifli (kiri) dan Abdullah menunjukkan papan digunakan penduduk Muslim di Cameroon, Afrika untuk menulis, membaca dan menghafal al-Quran.
Zulkifli berkata, pihaknya merasakan al-Quran menjadi keperluan penting di kawasan berkenaan memandangkan tidak banyak terdapat kitab suci itu berdasarkan kunjungan di kebanyakan masjid di negara tersebut.
Iklan
"Disebabkan kita terpanggil untuk membantu golongan berkenaan mendapatkan keperluan al-Quran demi membolehkan mereka membaca kitab suci itu.
"Apabila kita beri al-Quran, masing-masing amat seronok dan berebut-rebut untuk mendapatkan kitab suci itu memandangkan mereka berhasrat setiap rumah memiliki seorang hafiz," katanya.
Timbalan pengerusinya, Abdullah Din berkata, Yayasan Amal Kedah sememangnya aktif dalam aktiviti sedemikian sama ada dalam ataupun luar negara sejak 2001.
Zulkifli (tiga dari kiri) menyerahkan al-Quran yang diwakafkan kepada penduduk Cameroon, Afrika.
Menurutnya, aktiviti diadakan ialah pembinaan masjid, korban, khatan di Kemboja, Indonesia, Vietnam dan Thailand serta visi kemanusiaan di Acheh, Palu dan lain-lain.
"Kini, kita makin berkembang dengan melaksanakan kempen wakaf al-Quran demi membantu golongan Muslim di kawasan Afrika itu," katanya.
Sumbangan dalam Kempen Sejuta al-Quran untuk Afrika boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam 02020010060682 atas nama Yayasan Amal Kedah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>