Johor tetap ambil langkah berjaga-jaga
Iklan
Dr Sahruddin (tengah) ketika merasmikan Program Simbolik Penyerahan Baja dan Jalur Gemilang Peringkat DUN Bukit Kepong, Muar hari ini.
PAGOH - Kerajaan Johor komited memantau perkembangan berhubung keselamatan murid susulan insiden pencemaran udara berulang di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih di Pasir Gudang, baru-baru ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, meskipun keadaan tersebut disahkan terkawal, namun langkah keselamatan terus diatur demi memastikan sistem persekolahan berjalan lancar.
Iklan
Iklan
"Jabatan Pendidikan Negeri akan mengambil sebarang langkah yang boleh dilakukan sekiranya insiden sama berulang, malah Kerajaan Johor juga boleh bertindak bagi menangani isu ini.
"Buat masa sekarang, belum ada lagi keperluan untuk menutup operasi sekolah terbabit, namun jika perlu, kita akan lakukan,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung tindakan yang bakal diambil sekiranya insiden pencemaran udara berulang ketika musim peperiksaan.
Terdahulu, Dr Sahruddin ditemui media selepas merasmikan Program Simbolik Penyerahan Baja dan Jalur Gemilang Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, di sini hari ini.
Iklan
Rabu lalu, SK Taman Pasir Putih di Pasir Gudang sekali lagi menjadi tumpuan seramai 33 murid mengalami simptom loya dan muntah selepas terhidu bau busuk akibat pencemaran udara.
Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor semalam mengesahkan keadaan persekitaran udara di sekolah berkenaan kini selamat.
Bagaimanapun, Jabatan Alam Sekitar masih menyiasat punca utama menyebabkan murid sekolah berkenaan loya dan muntah.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagi kes murid Pasir Gudang loya, pening
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>