Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Iklan
Peserta sudah mula memasuki pekarangan Masjid Putra, Putrajaya untuk menjayakan Malaysia #QuranHour pagi ini.

PUTRAJAYA - Malaysia #QuranHour yang memasuki edisi kelima penganjurannya akan berlangsung hari ini dengan membawa tema 'Bangsa Berbudi dan Penyayang'.

Tahun ini, surah Al-Kahfi dipilih sebagai surah tema seiring dengan panduan untuk menghadapi cabaran akhir zaman.

Iklan
Iklan

Menariknya juga, Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Putra di sini turut diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke- 62 yang akan disambut esok.

Iklan
Iklan