Contohi Sarawak, kata Mujahid

Iklan
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima cenderahati daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pada Majlis Penutupan Rasmi Wacana Eksekutif Maqasid Syariah Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak hari ini. Foto: Bernama

KUCHING - Sarawak adalah negeri contoh terbaik di Malaysia kerana tidak memainkan isu perkauman dan agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, beliau kagum dengan masyarakat di negeri ini yang tidak berfikiran sempit serta mampu menjalani kehidupan dengan baik walaupun masyarakatnya berbilang kaum.

Iklan
Iklan

"Ini adalah contoh yang terbaik untuk negeri-negeri lain di Semenanjung, sungguhpun kerajaan Malaysia berteraskan agama Islam namun konteks 'local' (tempatan) juga perlu diambil kira dan rakyat Sarawak lebih memahaminya,” katanya ketika berucap pada majlis Wacana Eksekutif Maqasid Syariah Peringkat Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sungguhpun pentadbiran Sarawak menggunakan model 'Piagam Madinah' namun yang bukan Islam juga turut tidak diabaikan.

Iklan
Iklan

"Walaupun umat Islam bukan majoriti di negeri ini, namun masyarakat yang pelbagai lapisan kaum memberikan keyakinan kepada kerajaan negeri untuk ditadbir Sarawak berteraskan Islam, dan pada masa yang sama sebagai pentadbir kita perlu bersikap adil,” katanya. - Bernama