LONDON - Ratu Britain, Elizabeth II semalam memperkenankan permintaan Perdana Menteri, Boris Johnson untuk menggantung Parlimen bermula minggu kedua September hingga 14 Oktober depan, kira-kira 17 hari sebelum tarikh akhir Brexit.
Baginda membuat keputusan itu ketika sesi Privy Council (badan penasihat raja) di Balmoral walaupun pemimpin pembangkang, Jeremy Corbyn dan Jo Swinson menghantar surat meminta mesyuarat tergempar dengan Ratu Elizabeth untuk memohon baginda menangguhkan langkah itu.