Ops Bersih Siri 27: DBKL keluar 39 kompaun

Iklan
Mengotorkan jalan awam antara kesalahan dikesan dalam Ops Bersih Siri 27 semalam.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 39 notis kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemilik yang dikesan melakukan kesalahan sepanjang Ops Bersih Siri 27 semalam.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan berkata, operasi penguatkuasaan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dilaksanakan di Jalan Kuching dan Jalan Sungai Besi.

Iklan
Iklan

"Tindakan penguatkuasaan diambil kepada pemilik kenderaan berat yang didapati melakukan kesalahan lalu lintas, mengotorkan jalan awam, tiada permit laluan, tiada permit angkut bahan dan lain-lain kesalahan.

Sebanyak 39 kompaun dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berat yang dikesan melakukan kesalahan lalu lintas.
Iklan

"Tindakan dilaksana di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997,” katanya.

Iklan

Menurut kenyataan itu, operasi bersepadu tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa.