Lelaki nafi cabul anak tiri

Iklan

PUTRAJAYA - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul anak tirinya awal bulan ini, di Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memegang kemaluan anak tirinya yang berusia 4 tahun 3 bulan.

Iklan
Iklan

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Shah Alam pada Ogos 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta sama.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlina Razali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh tinggal bersama mangsa di rumah berkenaan kerana dibimbangi akan mengganggu mangsa dan pengadu.

"Dalam kes ini, pengadu merupakan ibu mangsa yang juga isteri tertuduh.

Iklan

"Berdasarkan rekod, pengadu telah membuat laporan untuk menarik balik laporan, namun pihak pendakwaan meneruskan kes ini," katanya.

Lelaki yang berusia 39 tahun itu memohon mahkamah membenarkan jaminan kerana merupakan penanggung tunggal keluarga selain menjaga ibu bapa yang sakit.

Hakim, Yong Zarida Sazali tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 30 September depan untuk sebutan semula kes.