Panggil bomba kaki tersepit jeriji besi longkang

Iklan
Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa dihubungi bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit jeriji besi longkang di USJ11/3 malam tadi.

SUBANG JAYA - Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa dihubungi bagi mengeluarkan kaki seorang lelaki yang tersepit jeriji besi longkang di USJ 11/3, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.01 malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun dilapor mengalami cedera ringan akibat insiden terbabit.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata,

pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam yang menghubungi talian Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor.

Iklan

Menurutnya, lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya ke lokasi bersama sebuah jentera.

"Menurut komander operasi, sebaik tiba di lokasi didapati terdapat seorang lelaki terjatuh ke longkang dan kakinya tersepit.

Iklan

"Mangsa diselamatkan dengan cara anggota bomba menarik kaki mangsa keluar dari celah jeriji besi longkang itu," katanya.