Pengusaha kantin sambut baik cadangan kerajaan

Iklan
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Cadangan kerajaan menyediakan sarapan percuma untuk semua murid di seluruh negara pada tahun hadapan disambut baik pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Polis Kem Kelapa Sawit, Kulai di sini.

Mohamad Sharizan Saadon, 33, berkata, dia bersetuju dengan inisiatif itu bagi membantu semua murid mendapatkan sarapan.

Iklan
Iklan

"Sarapan sememangnya amat perlu diambil bagi memastikan murid kekal sihat dan cergas sepanjang hari sekali gus membantu mereka memberi tumpuan ketika di dalam kelas,” katanya.

"Usaha ini juga dapat membantu murid dalam kalangan yang memerlukan mendapatkan makanan berkhasiat," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Mohamad Sharizan yang menjadi pengusaha kantin sejak enam tahun lalu berkata, sepanjang tempoh berkenaan dia mendapati ada murid yang tidak makan pada waktu rehat.

"Jika kerajaan melaksanakan cadangan ini, ia dilihat dapat membantu murid yang memerlukan dan secara tidak langsung menaikkan semangat mereka untuk ke sekolah," katanya.

Iklan