PH semakin menuju perpecahan: Zahid
Iklan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin menuju perpecahan selepas wujud rasa tidak percaya yang ketara dalam kalangan pemimpin parti gabungan itu.
Memetik laporan Malaysiakini, Ahmad Zahid berkata, keadaan itu menyebabkan berlaku fenomena baharu dalam PH iaitu ‘kelemayuh’ politik.
Iklan
Iklan
"PH bersungguh-sungguh cuba memberitahu rakyat bahawa mereka adalah relevan, namun realitinya berbeza apabila masing-masing memasang strategi untuk menguasai satu sama lain.
"Tidak mustahil PH dalam masa terdekat ini akan menamatkan riwayatnya dalam senyap kerana itulah akibatnya (perpecahan dalam),” katanya ketika Perhimpunan Agung MIC ke-73 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Iklan
Mengulas lanjut perkara itu, kata Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat bersendirian dalam menghadapi konflik dan krisis dalaman PH.
Tambahnya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga didakwa menolak kepimpinan Dr Mahathir melalui perancangan strategi yang kini aktif dilaksanakan.
Iklan
"PH bersungguh-sungguh cuba memberitahu rakyat bahawa mereka adalah relevan, namun realitinya berbeza apabila masing-masing memasang strategi untuk menguasai satu sama lain,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tiada istilah ‘tikam belakang', hanya strategi untuk menang - Ahmad Maslan"><meta itemprop="description" content="UMNO menegaskan tindakan parti mengambil langkah strategik dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) bukan bermaksud ‘tikam belakang’ mana-mana pihak sebaliknya usaha memastikan kemenangan parti khususnya di negeri yang tidak mempunyai perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, tiada perjanjian antara UMNO dan PH di peringkat negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sekali gus membolehkan pucuk pimpinan menentukan strategi terbaik bagi memaksimumkan kemenangan parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792492/berita/politik/tiada-istilah-tikam-belakang-hanya-strategi-untuk-menang---ahmad-maslan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PH #AhmadMaslan #Politik"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-18T05:17:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dWmcs1gW-i10z30aQ/x1080"><meta itemprop="duration" content="P100S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xayo88m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xayo88m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xayo88m"></script>