KUALA LUMPUR - Pelanggan yang membeli insurans perjalanan atau produk takaful dari Etiqa Group Insurance and Takaful boleh menuntut pampasan bagi kelewatan penerbangan disebabkan gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau KLIA2.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kamaludin Ahmad berkata, produk pelancongan Etiqa membuat bayaran tuntutan bagi kelewatan penerbangan akibat situasi seperti mogok, keadaan cuaca yang buruk dan kerosakan mekanikal syarikat penerbangan itu.