Kebakaran 2.4 hektar hutan berbukit berhampiran Legoland dipadamkan
Iklan
JOHOR BAHRU - Kebakaran melibatkan kawasan seluas 2.4 hektar hutan berbukit berhampiran Taman Tema Legoland dan sebuah hotel di Medini, Iskandar Puteri, petang semalam berjaya dipadamkan awal hari ini.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Kamil Zulkiefle berkata, operasi pemadaman ditamatkan jam 3.15 pagi ini selepas api padam sepenuhnya di kawasan berkenaan.