Tiga sekawan dicekup rogol jurulatih gimnasium

Iklan
Gambar kecil, Shamsul Amar.

KLANG - Tiga sekawan dicekup polis di sekitar daerah ini semalam, selepas dipercayai terbabit merogol bergilir-gilir seorang jurulatih gimnasium di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tangkapan tiga suspek berusia lingkungan 32 dan 33 tahun itu dibuat secara berasingan bermula jam 1 tengah hari sehingga jam 11 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semakan mendapati dua daripada suspek terbabit memiliki rekod jenayah.

"Siasatan masih dijalankan dan kesemua suspek kini direman tujuh hari sehingga 29 Ogos dan kes disiasat bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Mengulas tentang kejadian tersebut, beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi 28 Julai lalu, kenalan Facebook mangsa, seorang lelaki tempatan telah mengambil mangsa di Jalan Teraju, Shah Alam dengan menaiki kereta jenis Wira Aeroback warna hitam.

Tambahnya, lelaki tersebut kemudian membawa mangsa ke arah Taman Sentosa, Klang sebelum memintanya untuk mengadakan hubungan seks.

Iklan

"Tidak lama kemudian, datang dua rakan lelaki terbabit yang turut meminta mangsa untuk melakukan hubungan seks.

"Mangsa berusia 32 tahun itu telah dibawa ke sebuah rumah Taman Sentosa, Klang sebelum dirogol ketiga-tiga lelaki terbabit," katanya.