MAVCOM bimbang dengan gangguan berterusan di KLIA

Iklan
Keadaan semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) sedikit sesak susulan gangguan sistem yang dialami. - FOTO ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyuarakan kebimbangannya mengenai gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam kenyataan hari ini, suruhanjaya itu meminta Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memberi maklumat terkini kepada penumpang dan syarikat penerbangan mengenai bila sistem dapat dipulihkan.

Iklan
Iklan

Katanya MAHB bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan, termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk memulihkan operasi lapangan terbang itu.

"MAVCOM telah berusaha untuk mengukuhkan industri penerbangan di Malaysia. Sebahagian daripada peranan suruhanjaya itu ialah menyediakan mekanisme untuk perlindungan pengguna penerbangan, dan kami amat tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di KLIA,” katanya.

Iklan
Iklan

Suruhanjaya itu berkata ia akan terus memantau dan menilai tahap perkhidmatan di KLIA melalui Rangka Kerja Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang dan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).- Bernama