Sinar Harian menang anugerah, bawa pulang RM10,000

Iklan
Pasukan Sinar Harian memenangi anugerah Medical Travel Editorial Team of the Year pada majlis Medical Travel Media Awards 2019 di Petaling Jaya, malam tadi. - Foto: ZAHID IZZANI

PETALING JAYA - Sinar Harian membuktikan keunggulan sebagai salah sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia apabila merangkul Anugerah Medical Travel Editorial Team of the Year 2019 dalam Anugerah Medical Travel Media (MTMA) 2019, di sini malam tadi.

Anugerah berprestij itu disampaikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah kepada pasukan editorial Meja Rencana Sinar Harian diketuai Mazlina Abdul Majid dalam majlis gilang-gemilang di sebuah hotel di sini.

Iklan
Iklan

Sinar Harian menewaskan tiga pencabar lain sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi dan sijil penyertaan.

Pasukan editorial tersebut diketuai Mazlina selaku Editor Rencana dan dibantu Azimah Ghazali, Naimah Muhammad, Asfalili Kasim dan Syed Zulfadzli Syed Ahmad Azaruddin.

Iklan

Selain anugerah tersebut, karya dua wartawan Sinar Harian nukilan Azimah dan Naimah bertajuk 'Prospek Besar Industri Kesihatan' dan ‘Hospital di Malaysia Bertaraf Dunia’ diangkat sebagai finalis bagi Kategori Laporan Berita Online Terbaik.

Anugerah yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan meraikan pihak media yang banyak membantu mempromosikan industri pelancongan kesihatan di Malaysia.

Iklan

Sinar Harian merupakan pasukan yang paling banyak menghantar penyertaan iaitu sebanyak 32 penyertaan daripada 250 penyertaan media dari dalam dan luar negara.