Tiada permohonan bekas pemimpin Umno lulus setakat ini
Iklan
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto Sharifudin Abdul Rahim
PUTRAJAYA - Bersatu mengesahkan sehingga setakat hari ini, tiada permohonan bekas pemimpin Umno untuk menyertai parti itu diluluskan.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana bekas pemimpin Umno ini perlu melalui proses tapisan sebelum boleh menyertai parti berkenaan.
Iklan
Iklan
"Tiada yang telah mendapat kelulusan kerana seperti yang kita persetujui, mereka perlu melalui suatu tempoh sebagai (wakil rakyat) Bebas.
"Dan kemudian mereka akan melalui proses tapisan," katanya ketika sidang media sempena pelancaran Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda dan Srikandi Bersatu sempena Perhimpunan Agung Bersatu 2018 .
Iklan
Perhimpunan Agung Bersatu 2018 bermula hari ini dan akan berakhir pada Ahad.
Sebelum ini beberapa pemimpin Umno bertindak menyeberang menyertai Bersatu antaranya Bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin.
Iklan
Terbaharu yang ingin menyertai Bersatu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
Selain itu daripada 16 Ahli Parlimen yang keluar Umno selepas PRU14 lalu 12 orang pada masa ini menjadi wakil rakyat Bebas tetapi menyokong pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Jangan risau Akmal, abang tahu anak muda Melaka mahukan siapa' - Zahid"><meta itemprop="description" content="Suara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795110/berita/politik/jangan-risau-akmal-abang-tahu-anak-muda-melaka-mahukan-siapa---zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNo #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T12:28:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4g916"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4g916"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4g916"></script>