Operasi padam kebakaran tamat selepas 26 jam

Iklan
Bahan kimia aluminium dross yang terbakar di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pontian sejak petang semalam berjaya dipadamkan jam 6 petang tadi.

PONTIAN - Kebakaran bahan kimia aluminium dross di sebuah kilang aluminium di Kawasan Perindustrian Pontian petang semalam, berjaya dipadamkan selepas 26 jam operasi dijalankan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba (BBP) Pontian Baru, Iqbal Raduan berkata, pihaknya bersama Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) terpaksa mengambil masa bagi memastikan tiada lagi api di kawasan kilang tersebut.

Iklan
Iklan

Katanya, selepas api dipadamkan sepenuhnya jam 6 petang tadi, beberapa anggota bomba masih ditempatkan di lokasi kejadian hingga pagi esok bagi memantau keadaan.

"Terdapat 558 tan bahan kimia di kilang itu, namun hanya 12 tan sahaja terbakar di mana ia tidak boleh dipadamkan menggunakan air.

Iklan
Kawasan di luar kilang dikawal rapi.

"Baki yang tidak terbakar dibawa jauh dari kawasan penyimpanan yang terbakar. Tetapi masih dalam kawasan kilang dan punca kebakaran masih disiasat," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pasukan Hazmat dari Johor Bahru membuat kerja-kerja nyah cemar dengan menggunakan teknik menyelimut dengan menimbus bahan kimia terbabit menggunakan tanah dan pasir.

Iklan

Kilang dipercayai tidak berpenghuni dan beroperasi itu terbakar kira-kira jam 4 petang semalam.

Seramai sembilan anggota BBP Pontian Baru dibantu tujuh anggota Hazmat dari BBP Johor Bahru dan dua jentera bomba terlibat dalam operasi terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran kilang aluminium: Bahan kimia tak boleh dipadam guna air

Stor simpanan bahan kimia terbakar