Maklumat rasmi rahsia tular di WhatsApp
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis mengesan ada maklumat rasmi diklasifikasikan sebagai rahsia dikongsi dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp oleh pihak tertentu.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pihaknya menjalankan siasatan penyebaran maklumat itu mengikut Seksyen 203A(1) Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti punca kebocoran maklumat.