Hubungan saya dengan tunang hampir retak: Sufi Rashid

Iklan

PENYANYI, Sufi Rashid, 28, meluahkan rasa kecewa menerusi Instastory akaunnya apabila ada cubaan orang tidak bertanggungjawab mahu merosakkan hubungan antara dia dengan tunangnya, Nurulain Md Yusof.

Dalam coretan panjang lebar itu, penyanyi Aku Sanggup memberitahu, individu tersebut menggunakan akaun palsu dan mereka-reka cerita tidak baik kepada Nurulain.

Iklan
Iklan

"Sebagai manusia biasa, saya sangat kecewa dan marah. Lebih teraniaya lagi, hubungan saya dan tunang hampir retak dan pecah gara-gara kelakuan orang-orang yang berhati busuk ini.

"Keluarga tunang saya bukan hanya terjejas, malah malu dengan segala fitnah yang disebarkan terhadap mereka.

Iklan

"Saya turut malu dan segan untuk berdepan dengan keluarga tunang saya yang langsung tidak bersalah," luahnya.

Menurut anak kelahiran Singapura itu lagi, sebagai seorang ahli seni yang sedikit sebanyak dikenali, tindakan berkongsi hal tersebut bukan kerana mahu mencetuskan sebarang kontroversi atau perhatian.

Iklan

"Tapi kali ini, saya berharap dengan post ini, dapat hentikan kelakuan yang suka bersangka buruk terhadap orang.

"Daripada kamu bersangka buruk dan menambah dosa kamu, sebaiknya kamu mendoakan kami yang sedang berusaha untuk mendirikan masjid," luahnya dengan nada sedih.

Pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan mereka pada 15 Disember tahun lalu dan bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 21 September ini.