36 penyakit kritikal dilindungi secara percuma

Iklan
Lim Guan Eng - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan menyenaraikan 36 jenis penyakit kritikal yang akan dilindungi di bawah Skim Perlindungan Nasional B40 mulai 1 Januari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penerima akan mendapat bayaran sehingga had RM8,000 selepas diumumkan kelak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, skim ini juga memberi bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan hospital untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM50 sehari atau bersamaan dengan RM700 setahun.

"Kerajaan menjangka 4.1 Juta isi rumah B40 yang terdiri daripada individu-individu berumur di antara 18 hingga 55 tahun akan mendapat manfaat di bawah skim ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Guan Eng berkata, skim ini salah satu langkah diambil kerajaan untuk menubuhkan jaringan keselamatan sosial dalam aspek perlindungan insurans dan takaful untuk golongan berpendapatan rendah secara percuma.

"Skim ini, yang dijalankan buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, berpandukan janji manifesto pilihanraya PH untuk memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Iklan

"Dengan dana RM2 Bilion sebagai permulaan, skim ini menawarkan perlindungan perubatan selama lima tahun untuk kumpulan sasaran,” katanya.

Guan Eng menambah, perlindungan di bawah skim ini akan bermula pada 1 Januari 2019 manakala pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan akan beroperasi mulai 1 Mac 2019.

"Pendaftaran boleh dilakukan secara online dan tiada pemeriksaan perubatan diperlukan sebagai pengesahan kelayakan.

"Penerima yang layak akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan maklumat lanjut tentang mekanisme dan pelaksanaan Skim ini akan dihuraikan apabila ia dilancarkan secara rasmi pada awal tahun 2019,” katanya lagi.

Senarai 36 penyakit berkenaan adalah seperti berikut: