Gerabak lama jadi perpustakaan mini di Sungai Golok
Iklan
Alawi (empat dari kanan) menerima sumbangan buku daripada Ruslan di Sungai Golok hari ini.
KOTA BHARU – Dengan menggunakan gerabak lama dan berkonsepkan moden dan selesa, satu sudut bahan bacaan Bahasa Melayu diwujudkan di Stesen Kereta api Sungai Golok di sini hari ini.
Sudut bacaan yang dilengkapi dengan pelbagai jenis genre buku itu berada di atas sebuah gerabak lama yang diubahsuai menjadi sebuah perpustakaan mini di stesen tersebut.
Iklan
Iklan
Walaupun masih baharu namun usaha yang dilakukan pihak Stesen Kereta api tersebut dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan sebanyak 300 naskhah buku disediakan untuk bacaan seluruh masyarakat negara jiran itu.
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Ruslan Ludin berkata, ia merupakan hubungan keilmuan antara kedua-dua negara terutamanya penduduk di Kelantan itu sendiri yang sememangnya akrab dengan masyarakat di Sungai Golok.
Iklan
"Dengan cara itu, kita boleh mendidik masyarakat di sini pelajari bahasa ibunda kita. Baca bahan-bahan ringan yang kita sediakan ada juga buku-buku ilmiah yang sesuai dan mudah difahami mereka.
"Langkah ini membuka ruang kepada persahabatan yang lebih akrab antara dua negara sekali gus melahirkan masyarakat yang cintakan buku dan mengamalkan budaya membaca tidak kira di mana mereka berada,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Iklan
Beliau ditemui di Stesen Kereta api Sungai Golok selepas menyerahkan 300 naskhah buku pelbagai genre kepada Ketua Stesen tersebut, Alawi Umar.
Sementara itu, Alawi berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan kedatangan rombongan dari Perpustakaan Negeri yang memilih stesen tersebut sebagai salah satu ‘pit-stop’ untuk mereka yang mahu mempelajari bahasa Melayu.
"Terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan kami. Insya-ALLAH, perpustakaan mini ini akan berfungsi sepenuhnya tidak lama lagi dan dibuka bermula jam 7 pagi hingga 5 petang,” katanya.
Menurutnya, perpustakaan mini tersebut boleh memuatkan 100 orang pengunjung dalam satu-satu masa dan dilengkapi dengan alat penyaman udara dan tempat duduk yang sangat selesa dan santai sebagaimana gerabak kereta api yang asal.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>