Polis Johor terima 244 laporan libatkan Zakir Naik
Iklan
Zakir Naik
JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menerima sebanyak 244 laporan polis yang melibatkan pendakwah Dr Zakir Naik di Johor, setakat ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya tidak akan membenarkan pendakwah itu untuk mengadakan program di negeri ini kerana tidak mahu beliau mencetuskan kontroversi sehingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, keputusan penuh untuk membenarkan program yang melibatkan Zakir tertakluk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
"Di peringkat polis, kita akan memberi nasihat yang sewajarnya dari sudut keselamatan kepada pihak JAINJ.
Iklan
"Oleh itu, kita akan pastikan apa jua agenda yang menjurus ke arah menjaga keharmonian masyarakat diteruskan. Kita tidak mahu ada unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama,” kata beliau ketika ditanya mengenai sama ada polis Johor akan mengikuti jejak polis Melaka yang tidak membenarkan Zakir berceramah di negeri ini.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor dan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Johor daripada beliau kepada Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu Datuk Shafie Ismail.
Iklan
Selain itu, Mohd Kamarudin berkata setakat ini, tiada pihak yang membuat permohonan untuk mengadakan ceramah melibatkan pendakwah itu di negeri ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>