Tiga rentung dalam nahas tiga kenderaan
Iklan
TRIANG - Pemandu dan dua penumpang sebuah kereta maut selepas terbabit kemalangan dengan dua buah lori di pekan Mengkuang di sini hari ini.
Semua mangsa ditemui rentung selepas tersepit dalam kenderaan yang terbakar kira-kira jam 6 pagi itu.