Lelaki malu bertemu doktor kerana gemuk

Iklan

JANGAN fikir wanita sahaja mempunyai ragamnya kerana golongan jejaka juga ada pe'el (perangai) tersendiri yang kadangkala mencuit hati.

Buktinya, pada baru-baru ini kumpulan penyelidik daripada Universiti of Connecticut di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan sebahagian besar lelaki enggan mendapatkan rawatan di klinik apabila kurang sihat.

Iklan
Iklan

Mengapa?

Rata-rata lelaki yang terlibat dalam kajian berkenaan menjelaskan mereka tidak mahu bertemu doktor hanya disebabkan memiliki bentuk badan besar.

Dalam pada itu, Jurnal Obesiti juga melaporkan bahawa lelaki mudah berasa kurang keyakinan diri apabila berdepan masalah kegemukan.

Iklan

Ia disebabkan mereka tidak mendapat sokongan moral daripada individu sekeliling berbanding wanita yang sentiasa dibimbing untuk menjalani proses menurunkan berat badan.

Pelik, tetapi itulah hakikatnya. Stigma berat badan berlebihan menyebabkan kaum Adam rendah diri dan malu untuk mendapatkan rawatan di klinik, apatah lagi bertemu doktor.

Iklan

Sumber: KYW Newsradio