Hasil kajian pengurangan bayaran tol dibentang Mei
Iklan
KUALA LUMPUR - Hasil kajian juruperunding audit bebas bertauliah yang akan dilantik Kementerian Kerja Raya pada Januari 2019 bagi mengurangkan beban bayaran tol akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada Mei depan.
Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata juruperunding audit bebas bertauliah itu akan membantu kerajaan menganalisis data dan mengemukakan cadangan penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang.