Azmin sertai larian 5km tapi kalah kerana ‘berselfie’

Iklan
Mohamed Azmin berjaya menamatkan larian WSC Run 2019 kategori 5 kilometer dalam tempoh satu jam

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjaya menghabiskan larian 5 kilometer World Stats (WSC) Run 2019 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Beliau mengambil masa kira-kira satu jam untuk tiba di garisan penamat setelah acara pelepasan pada jam 7 pagi.

Iklan
Iklan
Mohamed Azmin berlepas bersama peserta larian WSC Run 2019 kategori 5 kilometer di Dataran Merdeka hari ini

Mohamed Azmin dengan nada berseloroh menyifatkan kemenangan sepatutnya berpihak kepada beliau namun kalah kerana ‘berselfie’.

"Saya hampir menang tapi diberhentikan untuk ‘selfie’ jadi saya kalah hari ini. Namun tak mengapa kerana yang penting adalah semangat,” katanya ditemui media selepas acara berkenaan.

Iklan

Terdahulu beliau turut menyempurnakan acara pelepasan peserta bagi kategori 10 kilometer.

Lebih 7,000 peserta menyertai larian sempena Kongres Statistik Sedunia, Institut Statistik Antarabangsa (ISI WSC 2019) ke-62 yang akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada 18 hingga 23 Ogos 2019.

Iklan