Jumpa kamu di mahkamah, Kula Segaran beritahu Zakir Naik

Iklan

SHAH ALAM - Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran mengulangi pendirian tidak akan memohon maaf kepada Dr Zakir Naik berhubung dakwaan mengatakan beliau telah memfitnah pendakwah antarabangsa itu.

Kula Segaran dalam satu kenyataan berkata, notis undang-undang mengenai kenyataan telah memfitnah Zakir telah dihantar ke pejabat kementerian itu dan isi kandungan surat tersebut menyebut beliau mempunyai masa 48 jam untuk menarik balik kenyataan, meminta maaf dan membayar pampasan.

Iklan
Iklan

"Saya ingin mengulangi bahawa pendirian saya adalah seperti yang diperkatakan dan tidak akan meminta maaf serta berdiri teguh untuk rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakir Naik hantar surat tuntut Kula Segaran minta maaf

"Zakir dilaporkan mendakwa rakyat Malaysia berasal dari India lebih setia kepada kerajaan Narendra Modi, manakala rakyat Malaysia Cina adalah tetamu lama yang sepatutnya kembali ke tanah nenek moyang mereka.

Iklan

"Kenyataan daripada Zakir ini jelas menunjukkan hasrat beliau menyemai perpecahan dalam kalangan rakyat di negara ini yang berbilang bangsa dan budaya," katanya hari ini.

Kula Segaran yang kini berada di Jepun bagi lawatan rasmi berkata, Zakir perlu sedar bahawa tidak ada keperluan untuk menunggu jawapan daripada beliau dan perlu menasihati peguamnya untuk memfailkan prosiding sekiranya serius dalam perkara itu.

Iklan

"Saya tidak akan berpaut atau lari ke negara lain bagi mencari perlindungan. Sebaik sahaja urusan kerja selesai, saya akan kembali ke tanah air dan mempertahankan tuduhan tanpa takut.

"Saya mengalu-alukan peluang untuk berdepan dengan sentimen ketaasuban dan anti rakyat Malaysia bagi pihak yang mengundi serta bergantung kepada saya untuk menjaga negara ini," katanya.

Jelasnya, beliau memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa akan terus berjuang demi hak mereka dan melakukan apa yang termampu untuk menghentikan mana-mana pihak yang menimbulkan gangguan terhadap perpaduan di Malaysia.