Premis pelacuran guna pintu kebal

Iklan
Operasi bersepadu di Jalan Petaling Kuala Lumpur dijalankan dengan kerjasama pihak DBKL.

KUALA LUMPUR - Taktik premis pelacuran di sekitar Jalan Petaling, di sini mengubah suai pintu masuk dengan pintu besi yang tebal bagi menyukarkan pihak berkuasa melaksanakan operasi akhirnya diserbu polis kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, operasi bersepadu dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini dijalankan bermula jam 10.15 pagi di lima buah premis.

Iklan
Iklan

"Seramai 13 wanita warga asing disyaki pelacur berusia 26 hingga 46 tahun terdiri daripada Indonesia (7), India (4), Sri Lanka (1) dan Bangladesh (1).

"Tiga penjaga premis termasuk seorang warga Bangladesh juga ditahan bagi bantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Beliau berkata, selain itu, polis turut merampas 60 keping kondom, buku 555 (7 keping) serta wang tunai RM1,418.

Taktik premis pelacuran yang terletak di Jalan Petaling, Kuala Lumpur yang menggunakan pintu besi bagi menyukarkan operasi pihak berkuasa, kelmarin.

Rusdi berkata, siasatan mendapati lima premis terbabit dijadikan sebagai pusat pelacuran perempuan warga asing dengan bayaran di antara RM40 sehingga RM50.

Iklan

"Premis yang beroperasi secara haram dan beberapa kali diserbu ini juga dikesan dibuka seawal jam 8 pagi sehingga 6 petang," katanya.

Dalam pada itu, pihak DBKL telah membuat perobohan terhadap lima premis tersebut dengan tindakan seperti membuka kunci premis menggunakan mesin pemotong besi, memecahkan dinding bilik pelacuran dan menutup premis serta merta (sealed) di bawah Seksyen 10(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kesemua tangkapan telah ditahan reman bermula sehingga 29 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 373(1)(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39b Akta Imigresen 1959/63.

"Sebarang maklumat berkaitan jenayah juga boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999," katanya.