15 NGO serah memorandum Kashmir kepada PBB

Iklan
Amir Amsaa Alla Pitchay

PUTRAJAYA - Lima belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan menyerahkan memorandum di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, mengutuk tindakan India menghapuskan status istimewa Kashmir yang ditadbir negara itu baru-baru ini.

Kumpulan itu diwakili Presiden Gabungan Masyarakat Islam Malaysia, Amir Amsaa Alla Pitchay yang menyerahkan memorandum itu kepada Penolong Wakil Residen Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Patrick Pee.

Iklan
Iklan

"Kami mengutuk tindakan unilateral India,” kata Amir Amsaa memberitahu pemberita selepas menyerahkan memorandum itu.

Kerajaan India baru-baru ini memansuhkan Artikel 370 Perlembagaan India yang memberikan status autonomi khas kepada Jammu dan Kashmir dan membahagikan rantau itu kepada dua wilayah persekutuan.

Iklan
Iklan

Pakistan yang mentadbir sebahagian daripada wilayah Kashmir, mengumumkan tidak lama selepas itu, akan menurunkan status hubungan diplomatik dengan India. - Bernama