Pemandu Grab disamun tiga lelaki

Iklan
Rakaman CCTV yang memaparkan kejadian berkenaan.

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu Grab disamun sekumpulan lelaki di Persiaran Saujana, Jalan Masai Lama, Johor Jaya, di sini awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, mangsa yang juga lelaki berusia 25 tahun dipercayai sedang berehat dalam kenderaannya.

Iklan
Iklan

"Mangsa tiba-tiba didatangi sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki bertutup muka dan bersenjatakan parang.

"Bimbang dengan keselamatan dirinya, mangsa kemudiannya hanya mengikut arahan suspek yang mahukan barangan berharga,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Iklan

Shahrulanuar Mushaddat berkata, suspek kemudiannya berjaya melarikan wang tunai, dompet dan dua telefon milik mangsa.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan samun berkawan menggunakan senjata.

Iklan

"Kesalahan ini boleh memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan,” katanya.

Terdahulu, kejadian berkenaan menjadi tular di laman sosial Facebook selepas dirakamkan sebuah kamera litar tertutup berhampiran.