Kini masa tepat untuk Pas, Umno bergabung?

Iklan
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan konsep bercantum dalam hubungan politik Pas-Umno adalah sebuah konsep bekerjasama antara dua buah parti.

Menurut penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi baginya, tidak ada masalah Pas dan Umno membuat kerjasama politik.

Katanya, Pas atau Umno tidak boleh bersendirian menentang musuh politik mereka.

"Tanpa kerjasama politik mustahil mereka dapat menggerakkan sokongan Melayu Islam.

"Jika DAP dan Amanah boleh bekerjasama apatah lagi Umno dan Pas yang sama kepentingan agama dan bangsa, yang penting Pas dan Umno mempunyai isu besar yang hendak diperjuangkan iaitu isu kepentingan Melayu dan Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas pelawaan terbuka Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada Pas untuk bersama-sama dengan mereka dalam gerakan politiknya.

Kata Zahid, dalam satu himpunan kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang,"Insya-ALLAH Umno di bawah kepimpinan saya, kita bercantumlah,".

Mengulas lanjut, katanya, selagi ada isu yang besar sesuai dgn majoriti rakyat di negara ini Melayu Islam selagi itulah kepentingan menyuarakannya merupakan langkah relevan bagi masyarakat Melayu Islam.

"Isu peluang pendidikan Melayu, kemiskinan dan peluang ekonomi Melayu dan bumiputra, nasib nelayan, penoreh dan peneroka Melayu di negara ini masih lagi merupakan isu besar negara yang memerlukan campur tangan politik," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas, Umno boleh bersama pertahan Islam: Hadi]

[ARTIKEL BERKAITAN: Cukuplah Umno, Pas bergaduh sebelum ini]