Nepal cadang peraturan baharu daki Gunung Everest

Iklan
Gunung Everest menjadi tumpuan para pendaki. - Foto AFP

KATHMANDU - Panel penasihat kerajaan Nepal mencadangkan pendaki yang berhasrat mendaki Gunung Everest harus terlebih dahulu membuktikan mereka ialah pendaki berpengalaman.

Laporan panel mencadangkan, pendaki mestilah mendaki puncak Nepal dengan ketinggian sekurang-sekurangnya 6,500 meter.

Iklan
Iklan

Pendaki juga harus memiliki sijil kesihatan fizikal dan mengupah jurupandu arah berpengalaman.

Panel berkenaan turut mencadangkan bayaran yuran sekurang-sekurangnya AS$35,000 (RM146,825) untuk mereka yang mahu mendaki Everest dan AS$20,000 (RM83,900) bagi gunung lain melebihi ketinggian 8,000 meter.

Iklan

"Kami akan meneruskan cadangan ini dengan meminda undang-undang dan peraturan.

"Kami akan memastikan gunung kami selamat dan diurus baik," kata Menteri Pelancongan, Yogesh Bhattari.

Iklan

Cadangan perubahan dibuat susulan kritikan daripada pendaki berpengalaman dan jurupandu arah terhadap sistem yang membenarkan sesiapa sahaja membayar AS$11,000 (RM46,145) untuk mendaki Gunung Everest.

Lapan daripada 14 gunung tertinggi di dunia terletak di Nepal dan pendaki luar negara ialah penjana utama pendapatan.

Awal tahun ini sekurang-sekurangnya 11 orang maut atau hilang di Gunung Everest dan empat kematian dilaporkan berpunca daripada 'kesesakan'. - Agensi