Kes rogol kait Exco Perak tidak pernah ditutup

Iklan
Razarudin Husain

IPOH - Polis Perak tidak pernah menutup siasatan kes dakwaan rogol pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang exco kerajaan negeri Perak sehingga kini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain menegaskan, siasatan kes berkenaan masih dijalankan dengan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan negeri untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penyebaran khabar angin mendakwa mangsa sudah dihantar pulang ke Indonesia setelah diberikan sejumlah wang juga adalah tidak benar.

"Kita sebenarnya masih melengkapkan siasatan (kes berkenaan) dan apabila selesai, kertas siasatan akan dibawa kepada Pengarah Pendakwaan negeri. Jadi masa bila kita tutup (kes)?

Iklan

"Kita jangka siasatan lanjut itu akan selesai dalam minggu ini untuk tindakan susulan pihak pendakwaan," katanya kepada media di sini hari ini.

8 Julai lalu, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Yong Choo Kiong dikaitkan dengan tuduhan rogol berikutan laporan polis yang dibuat pembantu rumahnya.

Iklan

Wanita berusia 23 tahun itu mendakwa dirogol Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh dari DAP itu di rumah majikannya di Meru sehari sebelum laporan dibuat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.