Polis sahkan mayat ditemukan Nora Anne

Iklan
Sebuah helikopter dari Unit Udara PDRM digunakan untuk membawa mayat warga remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemukan mati ke Hospital Tuanku Jaafar untuk dibedah siasat, hari ini.- Foto BERNAMA

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Mayat perempuan yang ditemui berhampiran resort The Dusun Hill petang tadi sah milik gadis warga Ireland yang hilang sejak 4 Ogos lalu, Nora Anne Quoirin, 15.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pengesahan itu dibuat oleh ahli keluarganya yang datang untuk tujuan pengecaman di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban malam ini.

Iklan
Iklan

"Keluarga sahkan mayat tersebut Nora Anne Quoirin, yang hilang sejak 4 Ogos. Bagaimana pun proses bedah siasat akan dijalankan pagi esok jam 10 pagi, oleh Senior Patologi dari Hospital Kuala Lumpur.

"(Selepas) hasil bedah siasat baru kita buat siasatan lanjut," katanya ketika ditemui media di HTJ di sini sebentar tadi.

Iklan

Sementara itu, Mohamad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian gadis itu hilang tidak terhenti sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.

"Kita siap sedia untuk jalankan gerakan selanjutnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis yakin mayat dijumpai ialah Nora Anne

Iklan