Tiga kenderaan musnah dalam kebakaran

Iklan
Anggota bomba ketika melakukan operasi pemadaman susulan kebakaran yang berlaku di kawasan perumahan nelayan di Kampung Penyabong, Endau dekat Mersing tengah malam tadi.

MERSING - Tiga buah kenderaan antara yang musnah dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di kawasan perumahan nelayan di Kampung Penyabong, Endau dekat Mersing tengah malam tadi.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Mohd Alias Hussin berkata, kebakaran itu menyebabkan rumah separuh kekal itu musnah hampir 80 peratus, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jiran mangsa memaklumkan rumah berkenaan kosong ketika kejadian berikutan penghuninya difahamkan sedang bercuti di Kuala Lipis, Pahang.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 40x50 kaki dan terbakar hampir 80 peratus.

Iklan
Antara kenderaan yang terbakar dalam kejadian berlaku di kawasan perumahan nelayan di Kampung Penyabong, Endau dekat Mersing tengah malam tadi.

"Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.31 malam tadi dan operasi berjaya ditamatkan pada jam 1.21 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kebakaran itu turut memusnahkan tiga buah kenderaan iaitu jenis Perodua Kancil, Mitsubishi Triton dan sebuah motosikal di mana nombor pendaftarannya tidak dapat dikenal pasti.

Iklan

Katanya, pihak bomba masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca dan anggaran kerugian ekoran kebakaran itu.