Bekas ADUN Kota meninggal dunia
Iklan
SEREMBAN - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Zaharuddin Mohd Shariff, 62, meninggal dunia akibat jangkitan pada organ dalaman di Hospital Tampin, hari ini.
Perkara itu disahkan oleh ADUN Kota, Datuk Seri Dr Awaluddin Said yang memaklumkan kepada Bernama bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2 petang tadi.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, jenazah Allahyarham, yang merupakan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau, dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Chenong, Chengkau, Rembau untuk dimandikan.
"Jenazah juga akan disolatkan di Masjid Khariah Penajis Bandar selepas solat Isyak dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru Penajis," katanya.
Iklan
Allahyarham Zaharuddin, yang meninggalkan seorang balu dan empat anak, menjadi ADUN Kota dari 1999 sehingga 2004 dan pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin bermula 1993 sehingga 2000.
Selain itu, beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tampin selama dua tahun bermula pada 2001 dan menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau pada tahun 2003 sehingga 2013. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>