Warga emas maut, kereta langgar jejambat

Iklan
Keadaan kenderaan dinaiki mangsa selepas kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang menghala Perling di sini awal pagi tadi.

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Seorang perempuan warga emas maut selepas kereta dinaiki bersama ahli keluarganya terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang menghala Perling di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Semai Anak Jambu, 73, manakala seorang ahli keluarganya, Asan Anak Entering, 33, turut cedera dalam kemalangan itu.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Viva dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang jejambat di lokasi berkenaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Pegawai Bomba Kanan II, Haizrul Rahmad berkata, seramai 14 anggota bersama sebuah jentera telah digegaskan untuk membantu kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa.

Iklan

"Kemalangan adalah melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang terbabas dan melanggar tiang jejambat di lokasi kejadian.

"Bomba kemudiannya mengambil kira-kira lima minit untuk mengeluarkan dua mangsa yang berada dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Haizrul berkata, berdasarkan maklumat, kereta dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai sedang berkonvoi dalam perjalanan dari Batu Layar, Kota Tinggi.

"Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa sedang berkonvoi. Hasil maklumat kenderaan dinaiki mangsa dipercayai berada di belakang sekali,” katanya.

Katanya, mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah manakala mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.