Lebih 1,000 rumah rosak di Kedah akibat ribut: Mukhriz

Iklan
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mengagihkan daging korban kepada fakir miskin pada Program Korban di Masjid Pida 3 Jitra hari ini. -Foto Bernama

JITRA - Sejumlah 1,358 rumah di semua daerah di Kedah mengalami kerosakan akibat kejadian ribut pada Jumaat malam, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata daripada jumlah itu, daerah Kuala Muda mencatatkan rumah paling banyak rosak iaitu 400 buah manakala di Kota Setar pula 260 buah.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan membantu penduduk terjejas dari segi menyediakan bantuan tambahan untuk mereka membaik pulih rumah yang rosak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Korban di Masjid Pida 3 di Jerlun dekat sini hari ini.

Mukhriz berkata bantuan segera sebanyak RM300 telah pun disediakan untuk penduduk yang terjejas itu dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak lebih awal turun ke lokasi terbabit menghulurkan bantuan sepatutnya kepada mereka.

Iklan
Iklan

Kejadian ribut itu juga menyebabkan seramai 39 pesakit yang mengalami kecederaan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di seluruh negeri ini selain merekodkan satu kes kematian di daerah Kubang Pasu melibatkan seorang penunggang motosikal wanita berumur 27 tahun. -Bernama