Hayati erti pengorbanan, bina jati diri alah rasuah: SPRM
Iklan
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengajak seluruh rakyat terus berkorban memerangi rasuah dan membina jati diri yang alah rasuah.
Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Beebi Koya berkata, dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok, masyarakat diseru menghayati erti pengorbanan sebenar di sebalik ritual ibadah korban semata-mata.