Tiada gelombang kedua ribut landa tiga negeri: MET
Iklan
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) memaklumkan tiada sebarang amaran gelombang kedua melibatkan kejadian ribut yang melanda tiga negeri di kawasan utara Semenanjung, malam tadi.
Ketua Pengarahnya, Jailan Simon berkata, keadaan di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah sudah kembali pulih dengan kemungkinan hanya mengalami keadaan mendung dan hujan biasa pada hari ini.