Remaja dirogol kekasih hingga hamil

Iklan
Razmi

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun didapati hamil 18 minggu selepas dirogol kekasihnya dalam kejadian di sebuah kampung di daerah ini.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan empat itu disahkan hamil selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan kelmarin.

Iklan
Iklan

Difahamkan, mangsa mula berkenalan dengan suspek berusia 18 tahun pada awal tahun ini dan sering kali keluar bersama.

Mengikut sumber, suspek ada membawa mangsa ke rumah kakaknya di daerah ini sebelum dirogol dengan kejadian terakhir dipercayai berlaku pada Jun lalu.

Iklan

Mangsa dikatakan telah berpisah dengan suspek selepas kejadian itu.

"Pelajar ini ada membuat pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan dan disahkan mengandung. Dia kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk pemeriksaan susulan dan satu laporan polis dibuat pada hari yang sama untuk tindakan lanjut,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.